Profile

Foto saya
Jordan
Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia(MPPM) di Jordan,untuk mengurus dan mengendalikan proses perjalanan pilihanraya MPPM.Untuk keterangan lanjut serta sebarang pertanyaan,boleh la dikemukakan melalui email,mppm_spr@yahoo.com.

Makluman Pilihanraya serta Peraturan Berkempen bagi calon calon yang bertanding

| Khamis, 2 Julai 2009



Assalamualaikum...

Kepada ahli Majlis Mesyuarat MPPM yang di rahmati. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SPR MPPM 2009 telah menetapkan tarikh rasmi bagi Pilihan Raya MPPM 2009 adalah seperti berikut:


Bagi Zon Mu'tah :

Tarikh : 9 Julai 2009


Masa : 3.00 petang - 5.00 petang


Tempat : Pusat Khidmat Mahasiswa Mu'tah (PUSKMA)


____________________________________________________________________

Bagi Zon Irbid :

Tarikh : 9 Julai 2009

Masa : 5.00 ptg-7.00 mlm


Tempat : Siswa : Bangunan Abu Muhammad


Siswi : Bayt Insyirah


____________________________________________________________________

Bagi Zon Mafraq :

Tarikh : 9 Julai 2009

Masa : 3.00 ptg-6.00 ptg


Tempat : Siswa: -Bayt Fikri Mohamad
-Sakan Fikri (K)
-Dubat bilik Fadhlillah (Che)

Siswi : - Sakan 5 Bilik 17


____________________________________________________________________

Bagi Zon Amman :

Tarikh : 9 Julai 2009


Masa : 3.00 petang - 4.00 petang


Tempat :
Bayt al-A'zab (siswa dan siswi)



____________________________________________________________________


Bagi proses berkempen pula pihak SPR MPPM 2009 telah bersetuju untuk membenarkan mana mana calon atau penyokong calon untuk berkempen dengan berpandukan beberapa garis yang telah di tetapkan didalam mesyuarat SPR MPPM 2009 seperti berikut :

1) Tempoh berkempen adalah bermula dari 2 Julai sehingga 8 Julai jam 11.59 malam.
2) Sekiranya bahan kempen yang bercetak hendaklah memaklumkan kepada Pengarah SPR atau AJK Zon yang telah dilantik.
3) Hendaklah menjaga tatatertib dan kelakuan ketika berkempen.
4) Tidak dibenarkan menyentuh unsur2 kenegerian/mantiqoh serta hal hal yang boleh merosakkan keharmonian.
5) Calon calon juga dibenarkan berkempen dengan menganjurkan ceramah atau rapat umum dengan pengawasan petugas SPR.
6) Calon calon juga boleh berkempen melalui blog rasmi SPR MPPM dengan menghantar artikel kepada wakil SPR.
7) Sebarang bantahan mengenai apa jua bentuk kempen hendaklah dikemukakan dalam bentuk bertulis kepada Pengarah SPR atau AJK Zon yang teklah dilantik.

Akhir kata, saya ucapkan selamat berkempen serta memohon maaf sekiranya berlaku sebarang ketidakpuas hati sewaktu proses penamaan calon tempohari. Wassalam.


- Pengarah SPR MPPM 2009 -

0 comments: