Profile

Foto saya
Jordan
Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia(MPPM) di Jordan,untuk mengurus dan mengendalikan proses perjalanan pilihanraya MPPM.Untuk keterangan lanjut serta sebarang pertanyaan,boleh la dikemukakan melalui email,mppm_spr@yahoo.com.

Maklumat Calon - HANIFAH Bt. MAZLAN

| Sabtu, 4 Julai 2009


Nama diberi Hanifah binti Mazlan. Dilahirkan pada 27 November 1985 di Wichita Kansas,U.S.A. dan menetap di Setapak,Kuala Lumpur. Anak sulung dari 2 orang adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah di Jengka 4, Pahang, seterusnya di Maahad Muhammadi Lilbanat, Kelantan (1998-2002), dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor (2003-2006). Selepas tamat pengajian (Diploma), beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti AL aL-Bayt, Mafraq, Jordan peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam bidang Fiqh Wa Usul hingga sekarang. Pernah memegang jawatan sebagai Pengawas sekolah semasa di Sekolah Rendah, Exco Biro Usrah dan Bengkel, Badan Dakwah (2001-2002), AJK Asrama (2001-2002), Timbalan Setiausaha Agung, PERKEMAT DQ (2002-2003) Timbalan Unit dakwah dan Tarbiah, PRISMA (2007/2008). Beliau lebih suka menghabiskan masa lapang dengan membaca dan mempunyai cita-cita sebagai seorang pensyarah. Beliau memegang prinsip hidup "Di mana Bumi di Pijak, di situ Islam dijunjung" serta menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai idola hidup sepanjang zaman.

0 comments: