Profile

Foto saya
Jordan
Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia(MPPM) di Jordan,untuk mengurus dan mengendalikan proses perjalanan pilihanraya MPPM.Untuk keterangan lanjut serta sebarang pertanyaan,boleh la dikemukakan melalui email,mppm_spr@yahoo.com.

Maklumat Calon - SITI MUNIRAH Bt. ROSLAN

| Sabtu, 4 Julai 2009


Nama diberi Siti Munirah Binti Roslan dilahirkan pada 31 Mac 1987 di Hospital Kuala Terengganu, Terengganu dan sekarang menetap di
Kampung Dusun Melintang, Kuala Terengganu, Terengganu.
Anak sulung dari 8 orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di madrasah Darussalam,
Kuala Terengganu, Terengganu (1994-1998). Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiah (MTT), Kuala Terengganu, Terengganu (1999-2000),
Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu, Terengganu (2001-2002),
Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTANT) (2003-2006) .
Selepas tamat pengajian (Syahadah), beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti AL aL-Bayt , Mafraq, Jordan peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam bidang usuluddin hingga sekarang. Pernah memegang jawatan sebagai pengawas perpustakaan (1996 & 1997) Pengawas Sekolah (1998), Penolong Kelas (2002), AJK Perpustakaan (2003),
AJK Lajnah Kebajikan dan Persiapan Tempat, Dewan Perwakilan Pelajar (DPP) MTANT (2003/2004), Timbalan Biro Penyelaras Program Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Maahad (PERSEBUDI) (2004), Bendahari II DPP MTANT (2004-2005), Setiausaha II DPP MTANT (2005/2006),Unit Perhubungan dan penempatan (UPP) PRISMA (2008/2009), Biro Dakwah dan Pendidikan (BDP) PUTRA (2008/2009).
Hobi beliau ialah membaca, melancong dan menyukai aktiviti lasak.
Beliau mempunyai cita-cita sebagai seorang pensyarah dan memegang prinsip hidup "Tidak menyerah kalah dan berputus asa sebelum berjuang" dan
"Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya"
serta menjadikan
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai idola hidup sepanjang zaman.

0 comments: